Ku meniti hari-hari yang membahagiakan bersama suami tersayang.Syukur Alhamdulilah kerna abang seorang suami yang penyayang,bertanggubgjawab dan romantik.Abang sentiasa sabar melayan kerenahku.Kehidupan berumahtangga banyak dugaan dan cabarannya.Kita hadapi segalanya bersama.Pada 2Februari 1997.....aku selamat melahirkan bayi lelaki di hospital Sungai Petani.Aku bersalin secara caesarran kerana tak dapat bersalin secara normal.Putera sulungku di beri nama Mohd.Azfa Zafrin b.Azman.Kesakitan yg kualami terasa hilang apabila menatap wajah putera sulungku itu.
Puteri keduaku lahir pada 14April 1999 juga secara pembedahan.Nur Izazie Ezzian bt Azman nama puteri keduaku.Kehidupanku terasa penuh bererti dengan kehadiran sepasang anak yang comel.Walaupun penat melayan kerenah mereka namun aku gembira.Abang sentiasa membantuku.Ibu pula menjaga anakku tika aku bekerja.Mujur rumahku dengan rumah ibu tidak jauh.Puteri bungsuku Nur Wildani Sofea bt.Azman lahir pada 10 Disember 2003.Kehidupanku ceria dengan kehadiran anak-anaku ini.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan