Tahun 1995 banyak mencatat kenangan terindah dalam hidupku.Bermula dengan kerjayaku sebagai seorang guru yang bertugas d kampung sendiri.Syukur ke hadrat Ilahi kerana cita-citaku untuk menjadi seorang guru tercapai,setelah 3 tahun menuntut ilmu di Maktab Perguruan Ipoh Perak.
Februari 1995,aku menerima kiriman surat dari seseorang yang tidak kukenali.Dia menyatakan hasratnya untuk berkawan denganku.....dan seterusnya melamarku menjadi isterinya.Bermula detik itu kami saling mengutus surat n berbual di telefon.Detik pertemuan pertama kami bermula pada 28Feb 1995 di Sungai Petani.
Awal April 1995 kau menyatakan hasratmu untuk melamarku.Masih kuingat di Bukit Bendera kau meluahkan hasrat murnimu untuk melamarku.Aku terkejut juga kerana kita baru kenal.Tetapi melihat kesungguhanmu...aku yakin.
Pada 30April 1995 kita mengikat tali pertunangan.Itulah saat terindah dalam hidupku apabila menjadi tunanganmu.Aku gementar tatkala ibumu menyarung cincin ke jari manisku. Hari-hari yang kulalui terasa amat bermakna sekali kerana ada orang yang mengambil berat tentang diriku dan menyayangi diriku.
Pada 1Oktober 1995...aku sah bergelar isteri kepada Azman b.Hj Mustafa.Air mataku menitis kerana terharu dan gembira.Syukur padamu ya Allah kerna menemukan aku dengan mu....seorang lelaki yang amat aku cintai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan